Rabu, 20 Ogos 2014

Anak-anak penentu syurga kita

Hening waktu malam tu...anak-anak adalah penentu syurga neraka kita. Tergentar hati apabila mendengar kata-kata itu. Ya..andai baik didikan yang dicorakkan kepada anak, maka baiklah dia. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Menitis air mata bagai tiada noktah untuk berhenti, sentiasa mengalir mengenangkan dosa-dosa yang lalu. Ya Rabbi, ampunkanlah dosa kami, jangan ia diwarisi kepada keturunan kami. Ya Rahman, Engkaulah penerima taubat kami, tiada daya untuk kami tanpa rahmat mu..

Wahai anak, engkaulah penentu syurga dan neraka kami. Sekali ku pandang zuriat kami yang 4 itu. Merekalah yang akan membantu kami apabila di Alam Barzah kelak, andai kami pergi dulu, merekalah talian hayat amalan kami dari dunia untuk disalurkan.

Semoga kamu dirahmati dan diberikan petunjuk dan hidayah dari Allah sepanjang kehidupan kamu. Bersama kita di Firdausi.


Anak -anak dengan mak mereka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan