Khamis, 15 Mac 2012

Alhamdulillah...

Cepat masa berlalu, kali terakhir aku menulis blog ini masa tengah bersalin 6 bulan, sekarang Ahmad Irfan dah nak masuk 6 bulan. Syukur , masih bernafas dan dalam usia 31 tahun aku dah ada 2 pasang cahayamata dan suami yang penyayang.. Terima Kasih Maha Pencipta...

Takziah kepada sahabat kami , rizam atas pemergian isteri tercinta, semoga rohnya dicucuri rahmat.. amin

Andai kata, diriku dijemput Allah dalam masa terdekat ini, moga dipermudahkan segala urusan hendaknya. Selamat tinggal dunia...amalan juga yang dibawa..

Bila membaca helaian pembukaan buku 'DI SEBALIK KEMATIAN ' karangan Imam Al-Ghazali...rasa kerdilnya diri, bersediakah aku menghadapi kematian...

Tahun 2012 ini...perlukan kesabaran dan penambahan ilmu untuk menjadi lebih baik dari tahun 2011...Allah, bantulah saya...