Isnin, 23 Jun 2014

Adik..




Adik, itulah panggilan untuk Mohd Kamarul Ariffin ,  masih membahasakan diri sebagai adik walaupun dah umur 23 tahun sekarang...
Masih ingat lagi, bila kecik2 dulu kami nak berjalan mana-mana kena bawa adik, nak g main ke mana ke, kena bawak adik...naik motor, mesti adik dalam bakul depan tu...rambut sentiasa nipis sebab ada penghuni misteri...hehehehh...jangan mara ye dik...angah sampai sekarang dok sebut2...

bila nak ke sekolah, kena enjut adik sampai tido dulu dalam buai, kadang2 naik malas nak enjut bila dia dok terkelip2 dalam buai tu, hayun laju2 sampai dia pejam mata, lepas tu dia tido ekekeek..rumah kedai tu la tempat kami membesar adik beradik...bila tengok balik rumah tu...macamana kami boleh gembira riang disitu...sampai sekarang teringat2 biawak jatuh dari syiling bilik, biawak 3 beranak masuk rumah, lipan bara belakang pintu, macam2 laa...kala jengking jadi tetamu selalu...

Tapi kami bahagia dan seronok kan...betul tak angah, bede & adik....angah sampai sekarang ingat kes 50 sen masuk dalam paya, jatuhnya di jalan , tapi sampai ke paya kami cari..nak pergi beli rumah pak cik jali, padahal mak pun ada kedai banyak cekelat, umah pak cik jali jugak perginyerr....beli jeruk ...

Ahad baru ni kami 4 beradik bersama mak pergi merisik bagi pihak adik...sepanjang perjalanan tak habis2 bercerita, gelak, pastu cerita gelak nak sampai ke Lepar Utara...angah dan bede sakit telinga...bercerita la pasal telinga punya kes...macam2 la...termasuk le Along ni haaa....siap masuk wad dan pakar ENT...genetik  la agaknyer..

sekejap je masa berlalu, tak lama lg adik nak kawin...nak jadi suami orang dah...kejap je kan dik...Alhamdulillah, along bersyukur kerana Allah bagi lagi nafas untuk along tengok bakal adik ipar along, Ustazah Nor Hidayah...doa adik di jabal Rahmah...doa mak dan semua orang menyayangi adik..

Allah permudahkan segala urusan kami dalam perjalanan jodoh adik & Ida.,Semoga adik bahagia hingga ke Syurga, bimbinglah keluarga ke jalan Allah. Sayu along teringat kata bakal ayah adik, saya tak memilih , janji jangan tinggal sembahyang...sejuk hati kami yang datang dari jauh, walaupun penat tapi Along bersyukur kepada Allah yang maha peyayang dan maha mengasihani...

Terima kasih Allah, memberikan kami pentunjuk ke Jalan yang diredhoi oleh Mu, bantulah kami dalam melengkapkan hajat yang baik ini. ..

Sesungguhnya yag baik itu datangnya dari Allah....Allahu Akbar...

Bersama Bede di Jabal Rahmah









Angah je tak ada...nanti kita pergi semua ye ngah...

Khamis, 19 Jun 2014

Aboh...along rindu...



Allah Maha Mengetahui atas tiap2 sesuatu yang berlaku, ujian akan diberikan kepada mereka mengikut kemampuan. Mungkin ujian ini sesuai bagi diriku, memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga apabila aboh pergi meninggalkan kami.

Semalam dirasakan seluruh badan dan jiwa ini bergetar kerana rindunya pada Aboh...Allah..Allah...terlintas rasa rindu itu sehingga menitis air mata secara tiba-tiba. makin lama makin kuat tangisan, tiba2 suara aboh terngiang2 di telinga., dia menegurku memakai baju Tshirt lusuh yang ada carik dibahu sambil jari terkena bahuku melalui carik kecil baju tu sambil dok gelak2 , dah kerja pun pakai baju koyak...katanya...

memang aboh seorang yang humor...ada je gurauannya boleh buat orang lain gelok...sekarang semua tinggal kenangan..tiada lagi orang yang akan buat kami gelok, tiada lagi tempat kami mengadu..tiada lagi pemudahcara jika kami menghadapi masalah...Aboh o aboh...along rindu aboh...

Saat menulis ini, air mata mengalir laju....di hari Jumaat yang mulia ini, ingatan demi ingatan kenangan menelusuri minda...dari kecik hingga besar dan kawin...aboh la segalanya...ingat lagi aboh beli motor skuter untuk berulang alik kerja di Plaza Tol Temerloh, aboh kesian tengok anak aboh yang tengah mengandung naik honda cub buruknya CAJ7612 pergi kerja...Terima Kasih Aboh..

Rindu along kat aboh....

Aboh...Along perlukan aboh, along dah tak larat nak tanggung semua tanggungjawab nih...baru along faham pengorbanan aboh untuk mak selama ini...Pemergian aboh banyak mengajar along. Semoga Aboh tenang dan damai disana...semoga along menjadi anak soleh yang aboh harapkan sebagai pencen kubur aboh..amin

Isnin, 16 Jun 2014

Kematian itu pasti...

Terasa getaran di jiwa ini, hati rasa sayu mengenangkan anak jiran eifa telah menjadi yatim piatu ditinggalkan oleh ibunya yang menghidap kanser darah, ayahnya telah lama meninggal dunia, kemudian tinggal dengan ibu, kemudian ibunya dipanggil oleh ilahi hari ini dalam beberapa hari lagi akan menyambut Ramadhan....yang bongsu sebaya dengan anis...darjah 3...

andai ditakdirkan diri ini dipanggil Ilahi saat ketika ini, apakah bekalan yang telah ku sediakan untuk jadikan anak2 sebagai pencen kubur yang terbaik. rasa sayu dihati, semoga Allah memberikan ketabahan dan kekuatan kepada anak2 arwah untuk menjalankan kehidupan di Dunia ini...

Lagi kematian, ibu saudara kak rozi pula dipanggil ilahi, apabila terdengar berita kematian, makin gugup rasa hati. Seperti Allah ingin mengingatkanku bahawa kematian itu adalah yang paling dekat , terasa malaikat maut sedang memerhati, mendekati & menunggu masa untuk menjemputku...Allah..Allah..Allah....mati itu pasti, sepastinya semua makhluk bernyawa pasti akan mati...

Suami dan Isteri...siapa lah yang dulu meninggalkan siapa...anak dan ibu bapa...siapa yang dulu meninggalkan siapa...mati itu pasti...ia amat pasti..Abah telah pergi meninggalkan kami, perginya secara tiba2 tanpa tanda dan sakit, antara asar dan isyak...tempoh jenazah abah di uruskan, seusai isyak talkin dibaca dan abah dah selamat dikebumikan..perjalanan abah berjalan lancar ke alam barzah...Semoga Abah tenang disana, kami akan menyusul abah...pasti...itu pasti...kita akan berkampung di Alam Barzah..

Rasa berdebar masih belum hilang , hati bergetar...takutnya mati...tapi ia pasti datang, rahsia yang tidak dapat dirungkaikan walaupun pernah melihat petanda telinga rapat Echik di wad ICU, tapi apabila arwah dah sihat sehari selepas ICU, dah boleh bercakap dan makan anggur...rasanya bukan telahanku...namun mungkin benar apabila mak cik datang pukul 4 pagi , menerkamku di katil, mengatakan Echik telah meninggalkan kami...Benar ia benar...

Adik beradik abah ada 5 orang , sekarang tinggal dua sahaja, mak ndak dan ayah ngah...meraka sahajalah tempat kami berkongsi cerita kenangan antara kami, Tok jantan, tok tine,tok yah , Tok ngah sebah, mak wan, Mak long, echik dan abah....mereka adalah kenangan kami...iye kenangan kami....yang tinggal hanya cerita-cerita lucu antara kami..kenakalanku masa kecil, betapa tok jantan sayangkan ku, pergi mengikut mana sahaja moto tu berbunyi...semua tinggal kenangan belaka...Semoga kalian damai disana..AL-FATIHAH...

Bola dan Dia..

Teringat lagi bila matrikulasi dulu, siapa yang tercongok kat depan Tv di lobi Hostel sambil memakai baju oren...kononnya penyokong Belanda..begitulah remaja , terlalu taksub kepada perkara yang apabila diikuti..menjadi kebangaan dan cakapan orang...

Piala Dunia...datangnya disambut dengan meriah seluruh dunia, semasa ia berlangsung setiap orang menjadi ia sebagai perbualan, sana bola dan sini bola, bukan sahaja lelaki tetapi jugak perempuan tidak kurang hebatnya dalam memperkatakan tentang bola

Hebatnya ketentuan Allah, menjadikan Piala dunia kali ini ujian kepada umatnya...antara Bola dan DIA, manakan dipilih oleh umat Nabi Muhammad SAW...Ramadhan dan Piala Dunia...itula yang akan diuji pada tahun ini. Semata-mata kerana Allah atau semata-mata kerana bola/??

Pernahkah kita tertanya pada diri, apakah persediaan untuk kita menyambut Ramadhan, sudah adakah kurma untuk menjadi latihan kepada keluarga untuk menyambut bulan yang mulia? Sudahkah dipraktikan solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu untuk biasakan diri mengaut keuntungan pahala berlipat ganda di bulan ini..

Allah..Ya Allah...Engkaulah yang memegang hati2 manusia, tetapkanlah kami ke jalan-Mu..bimbing kami di dunia ini dengan Nur - Mu...Tunjukilah kami dengan Nur...Pendengaran kami dengan Nur..Kuatkanlah hati kami dalam meneruskan kehidupan di dunia ini..

Ramadhan ya Ramadhan..Selamat datang...semoga kali ini adalah yang terbaik dari bulan yang lepas, Janganlah dilalaikan kami dengan bola yang hanya melalaikan kami dengan munajat kepada Mu..Hidupkan malam kami dengan Ibadah dan sujud kepada MU...peliharakanlah kami dari kelalaian dan kealpaan dengan nikmat dunia yang hanya sementara dan pinjaman

 Peliharakanlah kami dari menjadi rugi dengan mengutamakan dunia, jangan butakan kami dengan nikmat Engkau telah berikan. Kuatkanlah hati kami dalam mengejar pahala yang berlipat pada Ramadhan Karim...

Bantulah kami Ya Rahman Ya Rahim...

Jumaat, 13 Jun 2014

Percayalah...

Percayalah apa yang telah ditentukan oleh Allah kepada setiap makhluknya. Percayalah bahawa hidup kita ini ada pasang surutnya, kadangkala kita diuji dengan kesukaran , kekecewaan, pengkhianatan dan juga penindasan. Tapi kena bersangka baik dengan Allah, bersangka baik selalu dan sentiasa bersangka baik...itulah yang terbaik.

Kadangkala apa yang mendatang kepada kita adalah ujian dalam pelbagai bentuk, ada yang berat , ada yang ringan dan ada yang tanpa sengaja ia adalah ujian. Ujian dalam keluarga, sahabat & masyarakat. Dunia ini ibarat Dewan peperiksaan yang besar yang melalui pelbagai subjek melalui sistem permarkahan yang mana Syurga & Neraka adalah CGPA kita. Samada kita lulus untuk ke Syurga dengan Anugerah Dekan iaitu 1st class ( syurga Firdaus) ataupun second class upper, class lower ataupun third class...itu juga peringkat kita di tempat pengakhiran bukan sahaja didunia kita dibezakan.

Apakah darjat dan peringkat kita di dunia sama juga darjat kita di akhirat nanti, adakah kita pemegang PhD , CEO, berpangkat Tan sri , Professor di dunia ini sama dengan apa yang kita perolehi di akhirat kelak??? Cuba muhasabah diri ini terutamanya, sejauhmanakah kita membina kerjaya dan pangkat kita di akhirat kelak, dimana ia adalah kekal abadi selama-lamanya...selama-lamanya...

Ya allah...Ya Allah...semata-mata kerana Allah...semata-mata kerana Allah...bantulah kami ...bantulah kami dalam membina kecemerlangan di akhirat nanti...

Rabu, 11 Jun 2014

Ibu adalah segalanya..

mak saya...

Alhamdulillah, mak dah sihat daripada serangan angin ahmar pada 12 mei 2014. Doktor kata mak tidak boleh tinggal sorang-sorang. mesti ada orang yang kena jaga pemakanan dia. Jika terkena serangan kedua mungkin harapan untuk sembuh dan normal seperti sediakala amat sukar.

Menjaga mak  yang terkena angin ahmar ( strok ) merupakan ujian kepada anak2. Allah nak uji sejauh mana anak2 bersabar dengan ibu yang sakit terlantar di hospital.

Masa inilah, anak2 berpeluang untuk membalas budi dan menabur jasa kepada ibu yang selama ini menjaga kita. Selain itu, dapat juga anak2 melihat contoh yang ibu ayah mereka menjaga neneknya dengan harapan suatu hari nanti dia akan mencontohi apa yang telah dia lihat.

Sebagai ibu bapa, setiap yang kita lakukan akan dilihat oleh anak2 kita. seperti mana kita telah melalui pada masa kanak2 kta dahulu. sebab itulah, ada beberapa petua yang diwarisi kerana kita mengingati apa yang telah dilakukan oleh ibu bapa kita dahulu. Contohnya, jgn duduk atas bantal nanti bisul, basuh ayam dengan tepung gandum untuk hilang hanyir ayam, jangan menyanyi di dapur nanti kahwin dengan orang tua dan banyak lagi.

Bila renung wajah mak, teringat lagi masa kecil kami...bertungkus lumus mak berniaga nasi lemak di depan sekolah untuk membiayai persekolahan kami. Mak seorang yang bersemangat kuat, jiwa yang kental dan sanggup buat apa sahaja untuk anaknya. Tidurnya tak cukup dan tenaganya dikerah untuk menyiapkan barang makanan yang hendak dijual. Mungkin bila usia begini, Allah uji mak dengan sakit supaya mak berehat setelah dimasa muda mak bekerja keras.

Terima kasih mak...tidak dapat along membalas jasa mak, apa yang along ada sekarang ni adalah berkat doa mak dan rezeki Allah SWT pada mak. Abah dah pergi selamanya, tinggal mak lah tempat along dan adik mencurah kasih. Semoga kita bersama selamanya hingga ke Syurga...BERSAMAMU DI FIRDAUS..