mak saya... |
Menjaga mak yang terkena angin ahmar ( strok ) merupakan ujian kepada anak2. Allah nak uji sejauh mana anak2 bersabar dengan ibu yang sakit terlantar di hospital.
Masa inilah, anak2 berpeluang untuk membalas budi dan menabur jasa kepada ibu yang selama ini menjaga kita. Selain itu, dapat juga anak2 melihat contoh yang ibu ayah mereka menjaga neneknya dengan harapan suatu hari nanti dia akan mencontohi apa yang telah dia lihat.
Sebagai ibu bapa, setiap yang kita lakukan akan dilihat oleh anak2 kita. seperti mana kita telah melalui pada masa kanak2 kta dahulu. sebab itulah, ada beberapa petua yang diwarisi kerana kita mengingati apa yang telah dilakukan oleh ibu bapa kita dahulu. Contohnya, jgn duduk atas bantal nanti bisul, basuh ayam dengan tepung gandum untuk hilang hanyir ayam, jangan menyanyi di dapur nanti kahwin dengan orang tua dan banyak lagi.
Bila renung wajah mak, teringat lagi masa kecil kami...bertungkus lumus mak berniaga nasi lemak di depan sekolah untuk membiayai persekolahan kami. Mak seorang yang bersemangat kuat, jiwa yang kental dan sanggup buat apa sahaja untuk anaknya. Tidurnya tak cukup dan tenaganya dikerah untuk menyiapkan barang makanan yang hendak dijual. Mungkin bila usia begini, Allah uji mak dengan sakit supaya mak berehat setelah dimasa muda mak bekerja keras.
Terima kasih mak...tidak dapat along membalas jasa mak, apa yang along ada sekarang ni adalah berkat doa mak dan rezeki Allah SWT pada mak. Abah dah pergi selamanya, tinggal mak lah tempat along dan adik mencurah kasih. Semoga kita bersama selamanya hingga ke Syurga...BERSAMAMU DI FIRDAUS..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan