Selasa, 28 Julai 2015

DIALAH SEGALANYA...

Mak...itulah panggilan yang sering meniti dibibir dari kecil hingga kini, seorang insan yang sentiasa berdamping dan berusaha untuk memenuhi segala keperluan anak2.
Walaupun mak tidak lepasan universiti tetapi dia boleh menguruskan perniagaannya membesarkan kami di sebuah warong di depan sekolah menengah. Tidak hairanlah jika alamat IC kami Depan Sek Menengah...nasib baik posmen dah tahu..kebetulan keluarga kami adalah penduduk asal Kg Berkat...indah bila dikenang...walupun rumah tu agak kecil dan bersambung dengan warong dan didapur kami pakai selipar...tapi kami bahagia...dapur dan kedai di tengah2 rumah...mmmmm...boleh bayangkan tak?

Bila kami balik sekolah, bertimbun pinggan para pelanggan yang makan Nasi Lemak dan Mee kari yang perlu dibasuh...iyalah mak seorang je, dialah tukang masak, dialah yang bungkuskan nasi, dia juga goreng kuih, dialah segalanya...sangat pantas dan kuat semangat...

Bila fikirkan balik...mak memang super woman, tidur dalam pukul 1 siapkan sambal nasi lemak & kuih karipap,pukul 4 pagi dah bangun untuk siapkan nasi lemak dan goreng kuih seterusnya buka kedai...gerak kami ke sekolah sambil berniaga ...semua dia buat sendiri...hebat mak...

Itu dulu...sebelum abah pergi tinggalkan kami...sekarang mak diserang stroke, mak dah tak boleh berjalan laju seperti dia ke hulu hilir melayan kehendak pelanggannya di warung berkat satu masa dahulu...

Mak dah tak boleh bercakap lagi tak seperti dulu dia gemar berceloteh sambil melayan pelanggan, nak berapa nasi lemak yer, kuih nak berapa, keropok singit ke 2 inggit...semuanya takdir Ilahi..

Mungkin Allah suruh mak rehat kerana mak dah penat suatu ketika dulu...suruh mak dekat dengan -Nya supaya senang jalan mak ke Syurga...Along sentiasa doakan mak di tempatkan di Syurga..Walaupun mak tak boleh bercakap..mak usaha untuk baca Al-Fatihah..mak kuatkan hati dan semangat...Allah..Allah..Engkau yang Maha Berkuasa...mak boleh baca Al-Fatihah sampai habis walaupun mak tak boleh bercakap...Engkaulah yang Maha Pengasih...

Sekarang mak ada bersama selalu...mak tinggal dengan Along..setiap hari Along tengok wajah mak...Along sayang sangat kat mak tau...muaacchhh...

Jumaat, 10 Julai 2015

Nana..adik perempuan kesayangan hamba....

Beza hanya 4 tahun, dialah satu-satunya adik perempuan aku di dunia dan akhirat, tempat melimpah kasih seorang kakak, tempat untuk gelak ketawa dan menangis. Alhamdulillah...masa yang berlalu dengan teratur...Kehidupan yang telah diaturkan...
Kenangan berkongsi bilik di Rumah Kg Berkat mengamit seribu macam nostalgia...bersembang hingga tengah malam ,entah apa yang disembangkan hingga arwah aboh mengetuk dinding bila mendengar hilai tawa anak daranya ditengah malam sunyi sepi..
Masih teringat pasir dan kulit kerang yang dijadikan hiasan di kabinet ruang tamu...katanya untuk mejadikan konsep tepian laut bagi ruang tamu tu...mmmmm...terlebih kreatif...hihihi
Nasi goreng pedas yang dihiasi gula2...katanya kalau pedas,boleh makan gula2 untuk hilangkan pedas..

Kenangan yang paling tersemat hingga kini ...kejadian duit 50sen yang tercicir ditepi jalan tapi dicari sehingga ke paya hingga putus selipar...nak pergi beli di kedai pak cik jali ,sedangkan kat kedai mak macam2 dah ada...

sekarang  nana dah bahagia dengan suami tercinta, dan 7 orang cahayamata. Along doakan semoga Angah bahagia di dunia dan akhirat. Didiklah anak-anak hingga ke Syurga. Along sentiasa doakan agar Angah sekeluarga dirahmati dan diberi kesihatan yang baik hendak-Nya.