Khamis, 24 Julai 2014

Hatiku bukan pualam...

Hati...jika baik seketul daging dalam tubuh badan dia , maka baiklah keseluruhannya
dan hati juga yang merasainya segalanya. Kadangkala, terfikir juga kenapa hati ini tidak boleh melupakan apa yang terjadi pada kehidupan yang lalu. Ibaratnya, masih segar dalam ingatan

kenapa apa yang dalam hati berkaitan dengan memori, bila hati terasa , memori mula menerawang , melayarkan peristiwa yang lalu satu persatu. Seolah-olah ada wayang pacak dalam kepala menayangkan filem hitam putih yang tidak dipotong satu pun adegan -adegan tersebut.

Kadangkala, kenapa sekarang dia terungkas kembali sejak diabadikan dalam kotak minda. Bertahun tahun telah berlalu. Tiba-tiba hati menjadi keras sekerasnya, tiada langsung belas ihsan kepada mereka yang telah memberi kebaikan. Langsung tiada kebaikan untuk dikenang walaupun telah banyak kebaikan yang dilakukan.

Minda berfikir dalam satu hala sahaja , tanpa sebarang emosi belas kasihan dan kasih sayang. Tidak sama sekali. Seolah-olah, ada mata tapi buta, ada telinga tapi tuli , mulut pula terkunci...hanya hati berkata2 dan tangan menaip apa yang terpendam....Laju menulis dengan hati, lidah kelu tanpa perkataan...

Mungkin telah lama senak didada menanggung yang terpendam, akhirnya hati memberontak. Ingin lari dan lari jauh dari komitmen. Sendiri dan sendiri tanpa sebarang gangguan...

Keamanan yang dicari selama ini...ye ...aman damai.... ye aku ingin kedamaian dan kesegaran dalam hidup. Kekuatanku makin kurang, hidup dalam rutin yang sama, tidak berdikari, kemalasan menghantui, minda lemah untuk berfikir..

Aku ingin berdikari....hatiku bukan pualam

Rabu, 2 Julai 2014

Alhamdulillah...makin berkurang setahun...

Muni kawan baik telefon sebentar tadi...Selamat Hari Lahir kak....opsss...lupa sangat nak ucap pada dia. Kenapa Tahun ni boleh lupa nak ucapkan Selamat Hari Lahir Muniey....mungkin kerja banyak kot..bertambah lagi umur bermakna makin kuranglah masa kehidupan kita di Dunia ini...

Cepat je masa berlalu kan, Julai banyak memberi makna padaku, mula kerja di UMP 4 Julai , Pengesahan jawatan 3 Julai, pencen mmglah ikut tarikh lahir 2 Julai dan in shaa Allah dapat adik ipar pun lahir 9 Julai.
Mengimbas kembali apa yang dikaji oleh Dr Fadzilah Kamsah tentang ciri-ciri orang yang lahir bulan 7 ni, yang paling ingat lah kan...Badan mudah turun tapi cepat naik hu3...maknanya yang lahir Julai ni , Chubby2 belaka laa yer...itu kajian sahaja...tapi memang terasa benarnya ekekeeke

Kali ini, menyambut hari lahir di Bulan Ramadahan, terasa nikmat umur yang Allah berikan, sempat yer sampai dari pusingan bulan ni. Masa lahir dulu bersamaan 29 Syaaban. Mak kata Along lahir dekat bulan  puasa, Terima Kasih Mak, baru je telefon mak ucap terima kasih...sayang mak...

Mengimbau kembali kehidupan 33 tahun lepas, mmg banyak kenangan suka dan duka. Pengalaman membesar dengan serba kesederhaan tapi cukup semuanya. Bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana meniup roh ini dalam perut mak dan lahirlah daku dalam sebuah Keluarga Islam , dibesarkan dalam Islam dan disekolahkan di Sekolah Agama untuk menguatkan akar umbi tauhid kepada - Nya yang Maha Esa.

Diamanahkan  juga zuriat yang comel & sempurna untuk sumbangan pahala di akhirat kelak. Terlalu banyak nikmat yang diberikan walaupun dosaku mengunung tinggi. Rahmat dan kasih sayang -Mu tidak tertanding dengan apa jua di Dunia ini.

Aku insan kerdil yang mendamba kasih sayang -Mu , bantulah aku Ya Allah,Tunjukilah aku dengan Nur. Bimbinglah daku dengan hidayah -Mu. Ya Allah...Ya Allah..

Umur 3 tahun di rumah no.13 Rumah Murah Berkat bersama Kak Na, Kak long & Umar