Cepat je masa berlalu kan, Julai banyak memberi makna padaku, mula kerja di UMP 4 Julai , Pengesahan jawatan 3 Julai, pencen mmglah ikut tarikh lahir 2 Julai dan in shaa Allah dapat adik ipar pun lahir 9 Julai.
Mengimbas kembali apa yang dikaji oleh Dr Fadzilah Kamsah tentang ciri-ciri orang yang lahir bulan 7 ni, yang paling ingat lah kan...Badan mudah turun tapi cepat naik hu3...maknanya yang lahir Julai ni , Chubby2 belaka laa yer...itu kajian sahaja...tapi memang terasa benarnya ekekeeke
Kali ini, menyambut hari lahir di Bulan Ramadahan, terasa nikmat umur yang Allah berikan, sempat yer sampai dari pusingan bulan ni. Masa lahir dulu bersamaan 29 Syaaban. Mak kata Along lahir dekat bulan puasa, Terima Kasih Mak, baru je telefon mak ucap terima kasih...sayang mak...
Mengimbau kembali kehidupan 33 tahun lepas, mmg banyak kenangan suka dan duka. Pengalaman membesar dengan serba kesederhaan tapi cukup semuanya. Bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana meniup roh ini dalam perut mak dan lahirlah daku dalam sebuah Keluarga Islam , dibesarkan dalam Islam dan disekolahkan di Sekolah Agama untuk menguatkan akar umbi tauhid kepada - Nya yang Maha Esa.
Diamanahkan juga zuriat yang comel & sempurna untuk sumbangan pahala di akhirat kelak. Terlalu banyak nikmat yang diberikan walaupun dosaku mengunung tinggi. Rahmat dan kasih sayang -Mu tidak tertanding dengan apa jua di Dunia ini.
Aku insan kerdil yang mendamba kasih sayang -Mu , bantulah aku Ya Allah,Tunjukilah aku dengan Nur. Bimbinglah daku dengan hidayah -Mu. Ya Allah...Ya Allah..
Umur 3 tahun di rumah no.13 Rumah Murah Berkat bersama Kak Na, Kak long & Umar |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan