Khamis, 14 Oktober 2010

Tekanan darah tinggi...sangat bahaya

Sayang nak buang makanan yang berlebihan adalah satu sikap yang sangat sinonim dengan kita. Simpan dan cuba habiskan walaupun telah kenyang. Makanan segera pun dah semakin menjadi-jadi dikalangan anak-anak kita yang sedang membesar.

Apabila dilahirkan keluarga yang bergenetikkan penyakit 3 serangkai ini, ingin saya berkongsi mengenai Tekanan Darah Tinggi. Pembunuh senyap dan penyumbang lumpuh sebelah badan ataupun stroke.

Sekarang, ibuku salah seorang penghidap Tekanan Darah Tinggi Peringkat pertama. Setelah disahkan terkena angin ahmar ringan ( mild stroke). Ibuku dibawa pulang ke rumah agar diberi penjagaan rapi. Perasaannya kena dijaga, jangan dikhabarkan perkara yang merisaukan dan kalau boleh gembirakannya semampu yang boleh. Makanan tidak boleh masin dan aku amat berhati2 bila menyediakan juadah.

Maha Suci Allah, segala puji bagi-Mu, syukur kerana memberi peluang aku menjaga ibuku sepertimana dia menjagaku sedari kecil. Alhamdulillah, semakin beransur sejak beliau jatuh 4 hari sebelum Aidilfitri. Namun Allah, memberi ujian sekali lagi kepada ibuku, kerana terjatuh sekali lagi akibat kaki kejang semasa berjalan pada hari semalam...

Terus tersentap jantungku, adakah Allah ingin menduga kami.aku jadi semakin tertekan apabila tekanan darahnya tinggi untuk bulan ini iaitu 157/95....Ya Allah, Bantulah aku...berikanlah ku jalan untuk cuba menyembuhkan penyakit yag dihadapi....Kandungan gula 7.7 dan Kolestrol 8.2...Rekod untuk Oktober...8 November nanti jumpa doktor untuk rawatan lanjutan...

Ya Allah, Tabahkanlah hati kami dalam menghadapi ujian ini....Kuatkan semangat ibuku untuk tempuh liku-liku penghujung usianya...amin...


Apakah itu Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi?

Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam dimana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini
menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan. Tekanan darah ini berbeza
bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza.

Bacaan Tekanan Darah ( atas ) or (bawah )

Normal < 120 And < 80

Pra Hypertensi 120- 139 or 80 - 89

Hypertensi/Tekanan Darah
Tinggi Peringkat 1
140 - 159 or 90 - 99

Hypertensi/Tekanan Darah
Tinggi Peringkat 2
> 160 or > 100


Mengapa penting mengukur tekanan darah secara berkala?

Adalah mustahak untuk anda mengukur tekanan darah secara berkala bagi menentukan
samada tekanan darah anda tinggi atau tidak. 90% pengidap Hypertensi/Tekanan Darah
Tinggi tidak menunjukkan sebarang gejala manakala 10% lagi ada menunjukkan gejala.
Pengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung.
Tekanan darah yang terkawal dapat mengurangkan kedatangan pesakit ke Klinik pesakit luar,
kemasukkan ke hospital dan kematian akibat strok (angin ahmar) dan penyakit jantung.
Apakah kesan hypertensi/tekanan darah tinggi?

Diantara kesan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah:
• Rasa tidak sihat yang menjejaskan fizikal dan mental serta memberi kesan kepada
keluarga anda dan kerja anda.
• Sukar memiliki polisi insuran baru dan anda akan dikenakan premium yang tinggi
Apakah penyebab Hypertensi/Tekanan Darah tinggi?

90% penyebab sebenar Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah tidak diketahui manakala
10% lagi adalah akibat penyebab sekunder iaitu akibat penyakit tertentu.

• Sebab yang tidak diketahui (90%)
• Sebab sekunder (10%)

1. Penyakit buah pinggang
2. Penyakit sistem endokrin
3. Penyakit pembuluh darah

Adakah Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi diwarisi dari ahli keluarga?

Jika kedua ibu bapa anda mengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, 50% kemungkinan
anak-anak akan mewarisi penyakit Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi tersebut. Jika salah
seorang dari mereka mengidap darah tinggi, maka anak-anak mungkin mendapatnya.

Faktor Risiko Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi

Faktor risiko yang menyebabkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah:
• Cara hidup tidak aktif
• Umur melebihi 35 tahun
• Merokok
• Kegemukan
• Paras kolesterol tinggi
• Sejarah keluarga
• Pengambilan alkohol yang berlebihan
• Pengambilan garam yang tinggi

Tanda dan Gejal• Pengidap Hypertensi/Darah Tinggi kebanyakkannya tidak mengalami sebarang gejala
• Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti
sakit kepala atau pening kepala
• Sakit kepala boleh berlaku dalam kes Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi. Selalunya
ianya berlaku di waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut
(bergantung kepada tahap keterukan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi)
• Untuk memastikan atau mengesahkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, sila periksa
tekanan darah anda di klinik berhampiran. Doktor anda akan menasihatkan berapa
kerap anda perlu memeriksa tekanan darah.

Peringatan, jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin telah terlambat.
Apakah komplikasi(kesan buruk akibat penyakit) Hypertensi/Tekanan
Darah Tinggi?

Tekanan darah yang tinggi akan mengakibatkan bebanan kepada organ-organ dalam badan
dan boleh menyebabkan kerosakan. Diantara komplikasi/kesan akibat penyakit
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah seperti:

• Otak
o Serangan Stroke/Angin Ahmar atau Stroke ringan dan sementara (Transient
Ischaemic Attack)

• Penyakit jantung seperti :
o Coronary Heart Disease
o Congestive Heart Failure
o Left Ventricular Hypertrophy

• Komplikasi pada mata
o Perdarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata
o Keadaan yang dikenali sebagai Hypertensive Retinopathy

• Komplikasi pada buah pinggang
o Kegagalan fungsi buah pinggang (paras serum kreatinin tinggi,
Microalbuminuria, Proteinuria).

• Peripheral vascular disease seperti
o Aneurysm
o Kehilangan satu atau lebih denyut nadi

Apa yang perlu anda lakukan jika disahkah mengidap penyakit
Hypertensive/Darah Tinggi?

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi anda boleh dirawat

• tanpa menggunakan ubatan
o Perlu mengubah amalan cara hidup anda
o Amalkan permakanan sihat
o Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol
o Melakukan senaman berkala
o Kurangkan berat badan jika berlebihan
o Atasi tekanan secara berkesan
o Berhenti merokok

Kategori tekanan darah normal/optima
• Galakkan amalan Gaya Hidup Sihat .
• Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan sihat dan aktiviti fizikal yang
bersesuaian.

Pra Hypertensi
• Amalkan gaya hidup sihat
• Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan dan aktiviti fizikal yang
bersesuaian.
• Periksa semula tekanan darah anda dalam masa setahun

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1
• Rawatan tanpa ubatan adalah rawatan utama
• Anda perlu mengubahsuai gaya hidup
• Amalkan pemakanan sihat
o Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol dalam makanan
• Lakukan aktiviti fizikal yang teratur
• Kurangkan berat badan jika berlebihan
• Atasi tekanan secara berkesan
• Berhenti merokok
• Periksa semula tekanan darah anda mengesahkan tiada Hypertensi/Tekanan Darah
Tinggi
• Jika anda disahkan mengidap Hypertensive/Darah Tinggi, sila ikut nasihat yang
diarahkan
• Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi


Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2
Gabungan rawatan tanpa ubatan beserta pemberian ubatan diperlukan bagi merawat
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2
• Amalkan gaya hidup sihat
• Berhenti merokok
• Mematuhi pengambilan ubat dan rawatan susulan
• Prevent and treat complications early
• Pengesanan komplikasi terutamanya :
o Jantung
o Ginjal
o Mata
• Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi


Kumpulan Sokongan
• Pertubuhan Hypertensi Malaysia (Malaysian Society of Hypertensi)
• NASAM
• Yayasan Jantung Negara

info adalah dari :

Isnin, 11 Oktober 2010

Sayangilah Jodoh kita...

Tak perlu mencari teman secantik Balqis, andai diri tak sehebat Sulaiman,
Mengapa mengharapkan teman setampan Yusof jika kasih tak setulus Zulaikha,
Tak Perlu mengharapkan teman steguh Ibrahim andai diri tak sekuat Siti Hajar
Dan mengapa didambakan teman hidup bak Siti Khadijah kalau diri tak sesempurna Rasulullah (S.A.W)..

Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan, carilah kebaikan pada dirinya dan bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya. Tetaplah berdoan pada Allah agar dia akan terus menjadi milikmu....

Terharu rasanya dengan kata yang dipetik dari sekeping kad jemputan perkahwinan, Doa dan kata yang amat terindah, majlis yang diadakan diserikan dengan sanak-saudara...

Namun , masih ada perkahwinan yang dibina tidak kekal lama...sedihnyer...apa yang mereka katakan adalah..mungkin tiada jodoh, isteri/suami sakit lalu menyusahkan, kasih & sayang sudah tiada lagi, terkena buatan orang, kembali kepada kekasih lama, suami tiada berduit isteri mencari lelaki yang berharta semata2 untuk hidup mewah lalu mempunyai gelaran yang hanya kekal didunia...

Ya Allah, ku percaya jodoh yang ditentukan oleh Mu adalah yang terbaik kerana hanya pada-Mu yang Maha mengetahui yang tersurat dan tersirat,

Setiap menusia tiada kesempurnaan, jika agama dijadikan asas rumahtangga, maka perkara yang menghampiri penceraian tersebut dapat dihindarkan. Jika pada permulaan si suami/si ister tidak bersolat, jangan dibiarkan sehingga kepada anak tidak bersolat. Asuh dan didiklah mereka...

Oleh demikian itu, pilihlah agama sebelum kecantikan, kerana kecantikan itu tidak kekal lama , namun agama itu adalah asas rumahtangga yang bahagia dan kekal hingga akhir hayat..Jadikan Al-Quran dan hadis sebagai panduan.....

Jadikan isteri nabi sebagai idola bagi para isteri masa kini, Jadikan Rasullullah sebagi role model untuk suami masa kini....cukuplah cara mereka dijadikan panduan..

Muhasabahlah diri, sayangilah isteri & suami kita yang telah ditentukan Allah buat kita...

Buatmu Abd Razak..ku menyayangimu kerana ku tahu Allah telah memberikan insan yang terbaik untuk menemaniku sehingga akhir hayat...Terima kasih Sayang...

Rabu, 6 Oktober 2010

Asyik-asyik kami...mmmm...orang lain sudah tak da ka?

Maha suci Allah, apabila diamanahkan sesuatu tanggungjawab kita perlu melakukannya dengan seikhlas mungkin...janganlah merungut kerana orang lain lagi susah daripada kita untuk mendapatkan sesuap nasi...syukurlah...

Tapi, jika tugas ini tidak diberikan pengalaman kepada orang lain pun, mungkin akan mengurangkan kemahiran orang lain untuk mendapatkan sesuatu ilmu yang baru.

Namun bersyukurlah dengan apa yang telah diberikan, lagi banyak kita memperolehi kerja , makin banyak ilmu yang kita timba....Terima kasih...

Selasa, 5 Oktober 2010

Kawal la marah sikit....

Sifat marah ni mmg disukai oleh syaitan, tapi sebenarnya tak boleh nak tahan coz dah lama pendam kan..Ya Allah, berjaya syaitan buat aku marah hari ini...laknatullah betul syaitan nih...

Mungkin penat, sakit hati, geram yang telah dipendamkan terlalu lama, ia menjadi gunung berapi yang mengeluarkan lahar lepas tu jadi la meletup...bukan pasal apa pun...pasal kayu & papan yang tak bernyawa hu3....Kesian insan yang dimarahi itu...

Tahniah kerana menjadi pemenang kerana dapat menahan marah..memang respek 2 tangan laaa...insya Allah, aku akan cuba mengawal marah agar lahar itu akan menjadi abu dan bukanlah menjadi api yang menyala dan meletup tak tentu pasal...

Ahad, 3 Oktober 2010

Terlebih makan....bahaya...

Selepas Aidilfitri ni, banyak jemputan rumah terbuka...tak larat rasanya nak makan...kalau perut nih boleh bercakap mesti dia nangis dah kena dera...kepala jadi pening setiap kali makan..mungkin darah tinggi kot...bahaya...kena kawal balik pemakanan nih...kembali kepada cara pemakanan yang sihat...mungkin berat badan naik berkilo2 selepas bulan puasa nih...

Kadangkala rasa cemburu juga pada orang yang Allah bagi kelebihan, makan banyak mana pun, badan tak naik jugak...seronok macam tu yer...kalau badan yang mudah naik nih..puasa sebulan pun, ada yang tak turun langsung...hu3...pastu macam2 penyakit...

itulah cabaran dan dugaan Allah kepada insan yang berbadan besar nih..apapun, aku akan cuba yang terbaik untuk capai berat badan normal..Ya Allah..bantulah aku....