Khamis, 18 Mac 2010

Mari kita semak BMI..

Berat badan diukur dalam kilogram atau paun (pound). Untuk menukar berat badan dalam kilogram (KG) kepada paun (pound) anda perlu darabkan berat badan dalam KG dengan 2.2. Begitulah sebaliknya untuk dapatkan berat badan dalam KG, anda hanya perlu bahagikan berat badan anda dalam KG dengan 2.2.

Contoh;
Berat badan dalam KG = 56kg
Maka, dalam paun, berat badan anda ialah 56 X 2.2 = 123.2 paun

atau

Berat badan dalam Paun = 200 paun
Maka, dalam KG, berat badan anda ialah 200/2.2 = 90.91kg

Berat badan juga berkait rapat dengan BMI (Body Mass Index). BMI ini adalah satu cara ringkas untuk menentukan sama ada berat badan kita ada sekarang ini adalah sihat atau tidak.
Untuk mengira BMI, bahagikan berat badan anda dalam KG dengan tinggi anda dalam meter sebanyak 2 kali.

Contoh;

Berat badan = 80kg
Tinggi = 1.65m
Jadi BMI anda = 80kg bahagi 1.65m = 48.485 bahagi 1.65 sekali lagi = 29.38.

Untuk mengetahui ini sihat atau tidak, lihat carta di bawah
Kategori Kadar BMI
Terlalu kurang berat (Severely Underweight) kurang dari 16.5
Kurang Berat (Underweight) 16.5 ~ 18.4
Normal 18.5 ~ 24.9
Terlebih Berat (Overweight) 25 ~ 30
Obes Kelas 1 30.1 ~ 34.9
Obes Kelas 2 35 ~ 40
Obes Kelas 3 lebih dari 40

Dalam kes ini, berat badan tersebut berada di lingkungan Terlebih Berat atau Overweight. Ini bermakna kita kena amalkan diet yang seimbang dan perlukan senaman yang berkala untuk pastikan berat badan kita berada dilinkungan Normal.

Jadi berapakah berat badan ideal bagi kes ini?
Berat badan ideal= ? kg
Tinggi = 1.65m

Untuk mendapatkan berat badan ideal, mudah sahaja. Angka BMI ideal 19 atau 20 anda darabkan dengan tinggi anda dalam meter sebanyak 2 kali.

Untuk kes ini, tingginya adalah 1.65m jadi kita darabkan 1.65 X 20 = 33 X 1.65 sekali lagi = 54.45kg.
Maka berat badan yang ideal bagi orang yang tingginya 1.65m ialah 54.45kg.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan